Peribahasa ini menceritakan tentang seekor tikus yang ingin membaiki labu, tetapi sebaliknya merosakkannya lagi kerana tidak memahami struktur dan keunikan labu itu sendiri.
Sepertilah kadang-kadang di tempat kerja, dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah, kita mungkin merasa tergesa-gesa dan tidak sabar. Seperti tikus itu, tindakan kita yang tergesa-gesa boleh merosakkan situasi lagi.
Oleh itu, sebelum kita bertindak, penting untuk kita memahami dan mengkaji situasi tersebut secara mendalam. Jika kita merasa kita tidak cukup mahir, jangan malu untuk mencari bantuan. Ego kita tidak seharusnya menjadi penghalang.
Kalau tidak, itu bukan bagai tikus membaiki labu sudah, tetapi tikus bodoh sombong yang membaiki labu.
#Dugaan #DilarangBodoh #BebelKhamis #BebelBimbo
Jadilah Tikus Bijak bersama Saya @Sim Ling KU