Semalam, saya post gambar langit yang tak berbulan di IG story saya. Saya ingin tahu adakah follower saya berminat untuk mendengar kisah-kisah dramatik saya sebagai seorang pemimpin muda, terutamanya kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan 🐽
Tak sangka, banyak sangat ♥️ yang saya terima! Hati saya penuh sangat, rasa bersyukur dan terharu, sampai melimpah-limpah dengan kasih sayang daripada semua.
Koranglah yang buat perjalanan Aunty dalam transisi kerjaya ini terasa sangat bermakna. Sokongan yang datang dari setiap pelusuk memang buat saya rasa bersemangat untuk terus berkongsi dan memberi yang terbaik.
Inilah kekuatan komuniti kita. Bila kita saling sokong-menyokong, apa saja impian boleh jadi nyata.
Ingatlah, tidak kisah sokongan besar ke kecil ke, sokongan ikhlas yang diberikan mampu memberi semangat kepada seseorang untuk terus melangkah.
Terima kasih, korang memang the best!
xoxoxo, AuntyHR
P.S. Tersilap semalam, umur saya 29 bukan 28 bila diberi peluang menjadi Branch Manager. Cerita management meeting pertama saya pon kelakar gila, okay!
