Adakah ini HR,
Selalu dimaki, dicaci tanpa alasan?
Menjawab WhatsApp pukul 10 malam,
Dituduh berat sebelah bila mengambil tindakan.
Surat tunjuk sebab disangka surat cinta,
Panggilan kaunseling disangka perangkap drama,
Kami hanya cuba menjaga harmoni,
Tapi tetap dipandang dengan mata curiga.
Adakah ini HR,
Kami hanya pelaksana dasar?
Polisi itu bukan lulusan kami,
Tapi tanggungjawab tetap perlu dijaga rapi.
Namun, kami tak gentar,
Kami bangkit walau hati tercalar,
Berbekal Excel dan surat pengesahan kerja,
Watak utama di balik tabir syarikat megah.
Adakah ini HR,
Sekadar penghias majlis-majlis jamuan?
Kami ini benteng, penapis, dan penasihat,
Dalam dunia kerja yang penuh dugaan.
Sebuah puisi dugaan HR oleh AuntyHR