Motivasi #HariKhamis

Pernah perasan tak… jalan raya pada hari Khamis selalunya lebih tenang.
Seolah-olah orang ramai dah mula angkat kaki dari tekanan minggu ini.

Teori saya… dah lepas 3 hari kerja keras, dah habis party semalam (Wednesday Ladies Night), dan semua orang macam diam-diam bersiap untuk hujung minggu.

Minda kat Friday tapi bandan terperangkap kat Thursday.

Tapi sebenarnya, hari Khamis bukan hari “Chilin’, baybeh!”
Hari Khamis itu… Check Point.

Hari inilah kita check balik:
✔️ Apa plan minggu ini?
✔️ Dah capai ke target yang kita set on Monday?
✔️ Apa yang terlepas, masih ada esok untuk cover.

Kalau nak Jumaat rasa lebih ringan, hari Khamis-lah masanya buat “last check” supaya kita boleh masuk hujung minggu dengan kepala tenang, dan bukan rasa bersalah.

Jadi, gunakanlah hari Khamis sebagai hari refleksi + penutup kerja besar.
Supaya Jumaat boleh jadi hari syukur, bukan hari kejar kerja macam mampus.

Gitu.

xoxoxo, AuntyHR

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.