Bulan ini kita sambut Ramadan dan Tahun Baru Cina serentak. Pada mulanya, saya kurang faham kenapa media sosial begitu huru-hara dengan gabungan dua perayaan ini… sehinggalah saya mengalaminya sendiri.
Open House Tahun Baru Cina Capital A & AirAsia, dalam mesej jemputan tertulis:
“In observance of the holy month of Ramadan, meals will be served from 7.15 PM, allowing our Muslim friends to comfortably ‘berbuka puasa’ and join in the celebrations.”
Lurveeeeeee!
Terima kasih Benjie atas pengalaman yang indah ini. Saya benar-benar terhibur berinteraksi dengan warga kerja AirAsia & Capital di semua peringkat dan daripada pelbagai bangsa.
QOTD: “How not to be happy? We cannot even differentiate if we are working or not working.” Gelak I terus!
Tekalah apa jawatan warga kerja Air Asia & Capital A yang berkata begitu malam itu kepada saya? 😆😆😆
xoxoxo
