Hari Khamis: Cuti Sakit Pembedahan Kosmetik

Ada majikan bertanya, “Jika pekerja cuti sakit sebab pembedahan kosmetik, adakah cuti sakit itu sah?”

Sejujurnya, saya pun tidak begitu pasti, sebab pembedahan kosmetik adalah untuk kecantikan, bukannya betul-betul sakit. Tetapi di syarikat dulu saya, okay sahaja, kami tetap beri cuti sakit tersebut.

Jadi saya pon merujuk kepada JTK.

Dan jawapannya, “Sekiranya sijil cuti sakit dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar, pekerja masih layak terhadap cuti sakit tersebut. Akta Kerja 1955 tidak mengehadkan cuti sakit untuk jenis-jenis penyakit atau pembedahan.”

Aaaahhh… logik juga jawapan itu.

Jadi ini juga berkaitan dengan prosedur atau pembedahan elektif seperti IVF dan lasik mata.

Tetapi personally, saya rasa kenalah berbincang dengan majikan dahulu untuk merancang cuti sedemikian.

Undang-undang mungkin memberi ruang, tetapi cara kita menguruskan ruang itu yang menentukan keharmonian di tempat kerja.

xoxoxo

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.