Bila musim pilihan raya tiba, kita semua ada dua peranan – sebagai majikan/pekerja 👩🏻💻👨🏻💻 dan sebagai rakyat Malaysia 🇲🇾
Jadi, beberapa friendly reminders:
🗳️ Majikan
- Plan awal. Jangan tunggu last minute baru fikir sama ada tenaga kerja mencukupi dan bagaimana operasi akan berjalan.
- Berikan masa yang munasabah untuk pekerja menunaikan tanggungjawab mengundi.
🗳️ Pekerja
- Semak lokasi pusat mengundi dan rancang perjalanan lebih awal. Jangan jadikan hari mengundi sebagai alasan MIA (Missing In Action).
- Gunakan masa yang diberikan dengan bertanggungjawab. Pergi mengundi, kemudian kembali bekerja jika perlu.
Semua orang juga perlu hormati perbezaan pendapat.
Be professional. Be respectful. Dan ingat, kita semua akan kembali bekerja BERSAMA nanti.
xoxoxo, AuntyHR