Orang lama selalu berkata, “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.”
Macam kita di tempat kerja jugalah.
Saya banyak kali tersalah cakap.
Saya banyak membuat keputusan yang orang lain tidak setuju.
Saya menang banyak mengecewakan orang.
Jadi, tak hairanlah saya pun pernah dipulaukan.
Nasib baik, saya juga diberikan banyak peluang kedua untuk membetulkan kesilapan saya sehingga akhirnya diterima semula.
Memang sudah, doh! Tetapi berjaya juga akhirnya.
Maka, ajaran sesat hari ini adalah, okay je kalau nak cari gaduh. Gaduhlah. Jeritlah. Makilah (tetapi jangan over).
Lepas habis bergaduh, jangan lupa berdamai.
Ingat, kekadang lidah pun senang tergigit, inikan rajan sekerja.
Fikirkanlah.
xoxoxo, AuntyHR