Baru-baru ini saya membaca komen-komen tentang team building. Fuh, ramai betul yang tak suka eh!
Tetapi, macam mana nak suka juga?
Ada yang kena korbankan hujung minggu, dipaksa mengambil cuti tahunan, keluar duit sendiri dan buat aktiviti boring yang sama setiap tahun. Ada juga yang dipaksa menyertai aktiviti yang membuatkan mereka rasa tidak selesa.
Kalau tak nak ikut, dikatakan tak sporting, tak bekerjasama, tak ada semangat berpasukan.
Lagi teruk, ada yang dikenakan tindakan disiplin.
Jadi saya pun tertanya-tanya, ini team building atau team bullying?
Saya memang suka team building, okay!
Mungkin sebab saya ni jenis extrovert. Bagi saya, inilah masanya untuk bergaul dengan rakan sekerja, bergelak ketawa dan mengenali mereka tanpa asyik bercakap pasal kerja.
Sebenarnya, banyak manfaatnya apabila kita mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat – betul! Lebih mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama nanti.
Macam hari itu, saya menyertai program Build Your City yang dianjurkan oleh ATAG Team Buiding. Contoh.
Wah, lain betul team building zaman sekarang! Banyak materials cantik-cantik bukan macam dulu pakai suratkhabar dan straw sahaja hahahahaha….
Meanwhile, Come tell Aunty – Apa team building menarik sekarang ada ah? Hauntu? Main masak-masak? Tengok live comedy show bersama?
Team building sebenarnya boleh jadi kalau kena caranya.
Bila sudah kena, mana tahulah semua kan tanya, “Bila ada team building lagi?” hehe…
😉
xoxoxo, AuntyHR
P.S. Pssst… bagi tahu ATAG Team Building kenal AuntyHR, boleh dapat 5% diskaun.