Ramai follower DM saya, “Boss suruh guna subsidi petrol untuk claim kerja? Fair ke tak?”
Sekarang dengan skim BUDI95, rakyat Malaysia dapat subsidi petrol RON95 RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan.
Tujuan asal subsidi ini jelas.
Kerajaan ingin membantu kos sara hidup INDIVIDU, bukan syarikat.
Tapi ramai pekerja mengadu, bila isi minyak untuk urusan kerja, boss suruh claim pakai harga subsidi.
Maksudnya, pekerja terpaksa guna kuota sendiri, padahal subsidi tu patut kegunaan peribadi mereka.
Ala boss… meh kita kira bersama-sama:
(RM2.60 – RM1.99) x 300 = RM183.00 (maximum).
Adakah jumlah ini terlalu berat untuk syarikat tanggung bagi urusan kerja?!?!!
Nak dengar pandangan HR, pekerja, dan juga majikan.
Adakah ini syarikat mengambil kesempatan subsidi rakyat atau sekadar salah faham polisi?
Mari kita bincang.👇
xoxoxo, AuntyHR