Mengendalikan kemunafikan korporat memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan strategi yang bijak. Jika tersilap langkah, ia boleh menjejaskan reputasi dan perkembangan kerjaya kita.
Setiap kali selepas mesyuarat atau perbincangan penting, hantar e-mel ringkas kepada bos untuk mendapatkan pegesahan. Anggaplah ini sebagai insurans kerjaya jika bos cuba mengubah cerita di hadapan pihak atasan nanti.
Jika bos suka mengambil kredit atau hasil kerja kita, cuba bentangkan idea atau hasil kerja dalam e-mel yang turut melibatkan ahli pasukan lain dan cc kepada pengurus besar jika bersesuaian. Cari jalan untuk membuatkan bos nampak bagus di mata pihak atasan, tetapi dalam masa yang sama, pastikan sumbangan kita turut mendapat pengiktirafan.
Last-last, sediakan exit strategy. Kemas kini profil LinkedIn dan resume secara low-key. Ketahuilah bahawa mempunyai pilihan lain boleh membantu mengurangkan tekanan mental yang kita dihadapi setiap hari.
Semoga ini membantu dan semoga berjaya.
xoxoxo, AuntyHR