Dalam era kerja dari RUMAH ini, terdapat beberapa aspek yang kita perlu perhatikan untuk memastikan keberkesanan dan produktiviti.
R – Responsibiliti. Ingat, kita masih di bawah tanggungjawab untuk menyelesaikan tugas kita sebaik-baiknya, walaupun kita berada di rumah. Kerja mesti siap.
U – Urusan Tepat Waktu. Aturlah masa kita dengan bijak. Jangan biarkan kebebasan bekerja dari rumah menyebabkan kita lengah. Disiplin itu penting.
M – Maklum Balas. Ini sangat penting – komunikasi. Berikan dan ambil maklum balas untuk memastikan semua orang pada arah yang sama. Jangan menhilangkan diri, nanti mudah kita dilupakan.
A – Amanah. Kepercayaan diberikan ketika kita dibenarkan bekerja dari rumah. Janganlah menyalahgunakannya. Jangan curi tulang pergi shopping kat pasaraya tanpa izin.
H – Hidup Seimbang. Pastikan kita menjaga keseimbangan antara kehidupan dan peribadi, terutamanya bila garisan antara keduanya menjadi kabur. Bekerja dari rumah, kekadang boleh membuat kita terlupa diri.
Marilah kita menghargai fleksibiliti dan kepercayaan yang diberikan dengan menunjukkan komitment dan integriti saat bekerja dari rumah. Ingat, kita bukan sahaja mewakili diri kita, tetapi juga organisasi kita.
Jadi, biarlah setiap hari menjadi bukti keberkesanan bekerja dari RUMAH.
#WFH #Trust #Acronyms #HariKhamis #BebelKhamis #BebelBimbo
Jangan Lebih2 bersama Saya @Sim Ling KU