Kita seringkali melihat seorang berjuang dengan masalah yang kelihatan ringan dari luar, tetapi kita tidak pernah tahu seberapa dalam perasaan dan beban yang mereka pikul di dalam hati. Hari Kesihatan Mental yang lepas adalah peringatan kepada kita semua betapa pentingnya kesedaran tentang kesejahteraan mental dan emosi kita sendiri serta orang lain.
Tidak semua luka adalah kelihatan.
Ada yang tersembunyi di balik senyuman, gelak tawa, dan tindakan setiap hari. Sebagai masyarakat, marilah kita menjadi lebih empati, mendengar dan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya.
Setiap orang mempunyai ceritanya sendiri, dan setiap cerita itu berharga. Mari kita jadi sumber positif dalam kehidupan orang lain, menyediakan bahu untuk disandarkan, atau sekadar menjadi telinga yang mendengar.
Jangan biarkan beban yang berat menjadi terlalu berat untuk dipikul sendiri. Kita semua ada di sini untuk satu sama lain.
#MentalHealthAwareness #BebelKhamis #BebelBimbo
Pedulikan Sesama, Mulakan dengan Saya @Sim Ling KU