Dalam dunia Pengurusan Sumber Manusia (HR), terdapat empat jenis kepimpinan HR yang membentuk pasukan HR yang kuat:
☝️ Kepimpinan Penghantar Hasil (Deliverer Leader)
Mereka yang mengutamakan kecekapan dan ketepatan dalam pengurusan sumber manusia serta operasi harian HR. Tugas mereka termasuk memastikan pelaksanaan proses pemilihan pekerja yang cekap, mengurus prestasi pekerja, memproses gaji, menyediakan perjanjian pekerja, dan memantau tahap kepuasan pekerja dll. Dengan cekapnya.
✌️Kepimpinan Pembina Hubungan (Relationship Builder Leader)
Dalam HR, membina hubungan yang kukuh dengan pekerja, pasukan HR, dan pemimpin organisasi adalah penting. Mereka yang mengamalkan kepimpinan membina perhubungan boleh mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan memastikan kebahagiaan pekerja dan penglibatan mereka dalam organisasi. Penuh keceriaan.
👌 Kepimpinan Peneraju Perubahan (Change Driver Leader)
Perubahan adalah sebahagian daripada HR. Kepimpinan peneraju perubahan dalam HR memberikan galakan kepada pasukan untuk menerima dan melaksanakan perubahan dalam pelbagai aspek seperti kemas kini proses, meningkatkan kesihatan pekerja, dan melaksanakan teknologi HR yang baharu. Secara inovatif.
🖖 Kepimpinan Pembina Bakat (Talent Builder Leader)
HR adalah tentang pengurusan bakat. Mereka dalam peranan kepimpinan pembangunan bakat HR membantu mengenal pasti, membangun, dan menggunakan bakat dalam pasukan HR dan mempromosikan kemajuan pekerja melalui program pembangunan dan latihan. Tanpa diskriminasi.
Setiap kepimpinan ini adalah elemen penting dalam mencapai kejayaan HR. Mari teruskan menggabungkan kelebihan-kelebihan ini untuk membawa pengurusan sumber manusia ke peringkat seterusnya, k! NEXT!
#Countdown #HRLeadership #HariKhamis #BebelKhamis #AuntyHR
Majulah HR bersama Saya @Sim Ling KU