Kipas itu seni membina hubungan, tetapi jika melampau sangat, ia akan menjadi seni salah mengampu:
🪭 Kipas: Memuji dengan ikhlas dan tahu batas.
👅 Ampu (J*lat): Flattery overload sampai hilang integriti.
Contohnya, bila dalam mesyuarat dengan bos:
🪭 Kipas: “Saya setuju dengan idea bos, memang logik dan ada potensi besar.”
👅 Ampu: “Bos, idea ini adalah yang terbaik sepanjang sejarah! Genius betul bos kita ni!” (padahal semua orang tahu idea tu tak masuk akal)
Contohnya, bila bos buat kesalahan:
🪭 Kipas: “Bos, mungkin kita boleh kaji semula cara ini, saya ada cadangan untuk memperbaikinya.” (privately)
👅 Ampu: “Bos tak pernah salah, bos tetap betul. Pasti kesalahan ni punca daripada pihak lain!” (privately or publicly)
Contohnya, bila bos masuk pejabat:
🪭 Kipas: (Senyum dan beri salam) “Selamat pagi bos. Harap hari ini berjalan lancar.”
👅 Ampu: Selamat pagi bos! Aura bos memang lain macam, kacak betul! (siap tolong ambil beg bos dengan kopi dan kuih sedia atas meja bos)
Kesimpulannya, kipaslah dengan ikhlas. 🪭 Bos tahu beza mana yang genuine dan mana yang over-the-top, k! Jadi kipaslah dengan hati-hati, jangan servis over sangat sampai orang lain rasa cringe! 👅🤢🤮
xoxoxo, AuntyHR 🌬️🥶☃️