#HariKhamis: Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Bila saya mula aktif di TikTok, followers saya kurang daripada 50 orang… bertahun-tahun pula tu. 😅

Tetapi, saya teruskan usaha. Saya belajar buat konten daripada TikToker lain, dan tak malu untuk mencuba. Sedikit demi sedikit, followers saya bertambah sehingga hari ini, saya bersyukur, komuniti sudah capai 170K.

Sama dalam kerja, tidak semua kejayaan datang sekelip mata (kaki kipas pon kena ambil masanya). Buat kerja sikit-sikit, focus sikit-sikit, lama-lama hasil jadi bukit. Tak perlu terburu-buru, asalkan kita maju.

Jadi, janganlah rasa kecil hati kalau hasil belum nampak. Teruskan usaha! Kerana bukit yang tinggi pun bermula dengan segenggam tanah. Kalau saya boleh, korang pun boleh! 💪

xoxoxo, AuntyHR

Leave a Comment

AuntyHRâ„¢

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHRâ„¢ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.