#HariKhamis: Kamus Edisi AuntyHR 📖

Hari Anjing
/ha·ri ang·jing/
Definisi: Hari di mana segala benda rasa salah. Printer mogok, internet lembap, semua orang tanya benda bodoh.
Contoh ayat: “Tak tahu kenapa, tapi aku rasa hari ini memang Hari Anjing.”

Bos Sial
/bos si·al/
Definisi: Bos yang buat kita tertanya-tanya, “Macam mana dia boleh naik pangkat ya?”
Ciri-ciri: Suka tukar plan last minit, bagi arahan tak tentu arah, ambil kredit kerja orang, tidak pernah mengaku salah sebab kononnya dialah paling pandai.
Nota penting: Kita tak maki, k… cuma melabel dengan jujur. 😷

Binatang Ofis
/bi·na·tang o·fis/
Definisi: Spesis-spesis pelik dalam pejabat seperti…
• Si Lintah – Melekat dengan bos, ambil semua peluang.
• Si Ular – Senyum depan, racun belakang.
• Si Singa – Mengaum masa meeting, senyap bila kena siapkan kerja.
• Si Panda – Comel tapi selalu MC. 🐼
Peringatan Aunty: Kita bukan zoo, tapi kekadang memang raca macam jaga kandang. Jujur.

Anyway, posting ini sekadar hiburan. Walaupon saya percaya memang wujud semua di atas tu sebenarnya.

Jadi last reminder… walaupon setakat gurau, jangan tag sembarangan. Bahaya, nanti tambah anjing hidup you dalam ofis nanti. Aunty dah bagi warning ya! ⚠️

xoxoxo

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.