#AAA Hari Ke-4: “Boleh ke employer paksa tolak annual leave sebab cuti raya. It’s compulsory leave tu.”

Biasanya, paksa cuti memang tak boleh. Tak kisah lah… Raya ke, kilang shut down ke, ofis tengah renovate ke, Christmas ke, company trip ke – memang tak boleh.

Sebab… cuti tahunan itu hak pekerja untuk memilih bila dia nak ambil, walaupun masih memerlukan kelulusan bos. Tetapi kalau bos yang pilihkan hari, dan pekerja terpaksa cuti, itu bukan cuti pilihan pekerja lagi.

Konsepnya begini. Pekerja sedia untuk datang bekerja, tetapi syarikat pula tidak ada kerja diberi, maka, itu masalah syarikat, bukan pekerja.

Lepas tu, mesti ada yang nak tanya, “Jadi aunty, kalau tak biasa situasi dia, macam mana?”

Ah… di sinilah datang satu dokumen, Code of Conduct for Industrial Harmony 1975, yang ada cerita pasal retrenchment. Katanya, sebelum buang pekerja, syarikat kena ambil langkah-langkah penjimatan terlebih dahulu. Salah satunya termasuklah forced leave. Tapi itu dalam situasi ekonomi tenat, bukan untuk sebarang holiday biasa.

Saya faham, bila ofis tutup dan tak boleh bagi kerja, bos pon pening. Nak bagi cuti percuma, tak sanggup. Jadi rundinglah, nasihat saya. Boleh bincang WFH ke, tukar public holiday ke, ambil cuti gantian ke… Mesti ada solution dia.

Bincanglah bersama-sama dengan harmoni.

Last-last kalau semua pon tak jadi, ini nasihat saya juga. Ambil je cuti itu. Gunakan masa tu untuk pergi lepak kat kafe yang tenang, update resume elok-elok, dan… carikan bos baru yang lebih munasabah je. Senang.

Gitu.

xoxoxo, AuntyHR
Ask AuntyHR Anything

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.