“Use your voice!” katanya.
Tapi bila kita betul-betul guna suara…
Terus jadi “attitude problem.”
Kekadang bukan kita yang tak berani bersuara.
Bos je yang tak bersedia nak dengar.
Kekadang bos tak dengar juga sebab cara kita bersuara pun tak betul.
Contohnya…
Adakah kita sudah baca situasi denga betul?
Uji dengan pendapat kecil dulu.
Kalau yang kecil itu pun ditembak, fahamlah budaya tempat kerja itu macam mana.
Adakah kita sedar nada kita?
Kurangkan nada konfrontasi. Lebihkan nada curiousity.
Contoh: “Kalau ikut cara ini, apa risiko yang bos nampak?”
Adakah kita ada cadangan lain?
Jangan kritik sahaja. Sudah membangkang, berikanlah cadangan lain.
Lepas tu cuba tanya lagi: “Apa pandangan bos kalau kita cuba plan B ni?”
Dan ingat, bukan semua benda perlu diperangi.
Jaga tenaga dan jaga masa depan.
Ini tempat kerja, bukan medan perang.
Fikir betul-betul dulu.
Gitu.
xoxoxo