#HariKhamis: Generasi ke Generasi

Boomers kerja ke kerja, fail disusun tinggi,
Mesyuarat panjang sampai lupa cuti,
Dulu tahan marah, simpan dalam hati,
Sekarang dah bersara… baru tahu erti diri.

Gen X rumah ke rumah, anak dua tiga,
Siang di pejabat, malam jaga keluarga,
Cakap semua “okay”, simpan letih di dada,
Hero tak minta tolong… itu pun satu drama.

Milennials Zoom ke Zoom, kopi latte di sisi,
Burnout datang tapi still kata busy,
Nak fleksibiliti, nak kerja ada misi,
Tapi KPI lambat… alasan pun kreatif sekali.

Gen Z chat ke chat, emoji penuh di skrin,
Kerja dua bulan, dah tanya naik gaji berapa ringgit,
Boss suruh sabar, mereka kata “that’s toxic”,
Lupa dunia kerja bukan semua boleh edit.

Generasi ke generasi, masing-masing ada versi,
Suka salahkan orang, jarang audit diri,
Kalau semua asyik tunjuk jari,
Sampai bila nak hidup dalam versi tak sedar diri?

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.