Majikan kata mereka nak pekerja yang rajin, jujur, berani bersuara dan pandai berfikir.
Tapi rajin sahaja tak cukup kalau hasil kerja tak seberapa.
Jujur pun susah kalau bos tak boleh terima kebenaran.
Berani bersuara pula kadang-kadang dilabel sebagai suka melawan.
Pandai berfikir pun belum tentu dihargai kalau asyik mempersoalkan keputusan bos.
Jadi, majikan sebenarnya nak pekerja macam mana?
Mungkin jawapannya bukan sekadar mencari pekerja yang bagus, tetapi majikan juga perlu belajar menjadi bos yang bagus. 💀
Hakikatnya, pekerja yang bagus pun boleh jadi teruk kalau salah bos sebenarnya.
xoxoxo, AuntyHR