Hari itu ada orang tanya saya, macam mana nak latih diri supaya muka tebal dan tahan kena maki?
Korang pernah tengok filem Fight Club? Yang Edward Norton dengan Brad Pitt tu.
Dalam cerita itu, mereka bertumbuk sesama sendiri untuk belajar macam mana nak tahan sakit dan tak takut kena tumbuk.
Jadi saya terfikir, boleh tak kita buat Fight Club versi korporat?
Kita berkumpul, maki-maki sesama sendiri supaya lama-lama kita tak mudah koyak apabila kena marah dengan bos.
Hahahaha! Jangan buat betul-betul pula!
Tetapi saya sebenarnya sedang meneroka idea ini bersama seorang ahli psikologi klinikal yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan kesakitan.
Saya bercadang nak namakan kumpulan ini Trauma Kerja Anonymous.
Konsepnya bukan untuk mengajar orang menerima penghinaan, tetapi melatih diri untuk menghadapi kritikan, konflik dan situasi yang mencabar tanpa kehilangan kawalan emosi.
Sudah tentu, kita perlu memastikan persekitaran latihan yang selamat, dengan batasan yang jelas, perjanjian kerahsiaan (NDA), pengendalian data peribadi mengikut keperluan PDPA serta sokongan daripada Mental Health First Aider.
Apa pendapat korang? Boleh ke ketahanan emosi dilatih dengan cara begini?
Objektif program adalah untuk membina ketahanan emosi, jangan dikelirukan dengan membiasakan diri dengan penderaan emosi.
Are you IN or OUT?