Memang geram bila saya baca DM daripada followers tentang HR buat silap, tetapi pekerja pula yang tanggung akibat.
Contohnya ada satu kes.
HR hilangkan MC (sijil sakit) pekerja, lepas tu potong pula gaji dia.
Amboi, HR ini memang tak tahu malu, eh?
Itulah sebabnya saya selalu simpan salinan semua dokumen rasmi.
Contohnya sijil sakit, tuntutan (claims), kontrak dan surat rasmi kerja.
Saya scan and backup semuanya! Jussst in case saya jumpa manusia yang tak reti apa itu “tanggungjawab.”
Kepada HR itu, please, be better.
Komuniti HR berusaha keras untuk dapatkan kepercayaan rakyat, bukannya memburukkan dan bawa reputasi HR ke neraka.
Majulah HR untuk negara.
Sekian.
AuntyHR