JTK or JPP?

JTK is Jabatan Tenaga Kerja. Labour Court. If there is a breach of the Employment Act 1955, JTK is the right department.

So things like wages, leaves entitlement, overtime payments and other related matters to EA1955 will be under JTK’s purview.

JTK’s Email: jtksm@mohr.gov.my || Contact number: 03-8000 8000 || Website: https://jtksm.mohr.gov.my

…………

JPP is Jabatan Perhubungan Perusahaan. Industrial Court. If there is a breach of the Industrial Act 1967, JPP is the right department.

So things like unlawful termination, trade disputes, non-compliance of collective agreements and other related matters to IRA1967 will be under JPP’s purview.

JPP’s Email: jppm@mohr.gov.my || Contact number: 03-8886 5434 || https://www.jpp.gov.my

…………

Now, before reporting the company to the authorities, it’s important to consider the potential consequences. While reporting the issues may be necessary, the fact is, it can strain our relationship with our employer and impact our future career prospects.

As such, it may be wise to have an honest and courageous conversation with our boss instead about the issue before we go to the JTK/JPP route. Addressing the problem directly may help to resolve the matter out of court and maintain a positive relationship with our employer if it makes sense.

#BebelEmploymentAct #BebelBimbo


JTK ke JPP?

JTK merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja. Mahkamah Buruh. Jika ada pelanggaran Akta Kerja 1955, JTK adalah jabatan yang betul.

Jadi, kes-kes seperti gaji, kelayakan cuti, pembayaran lebih masa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan AK1955 akan berada di bawah bidang kuasa JTK.

E-mel JTK: jtksm@mohr.gov.my || Nombor telefon: 03-8000 8000 || Laman web: https://jtksm.mohr.gov.my

…………

JPP merujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. Mahkamah Perusahaan. Jika ada pelanggaran Akta Perindustrian 1967, JPP adalah jabatan yang tepat.

Oleh itu, kes-kes seperti pemberhentian kerja tanpa alasan munasabah, pertikaian perdagangan, ketidakpatuhan perjanjian kolektif dan perkara-perkara yang berkaitan dengan IRA1967 akan berada di bawah bidang kuasa JPP.

E-mel JPP: jppm@mohr.gov.my || Nombor telefon: 03-8886 5434 || https://www.jpp.gov.my

…………

Begini, sebelum melaporkan syarikat kepada pihak berkuasa, adalah penting untuk mempertimbangkan kemungkinan akibat. Walaupun melaporkan isu itu mungkin perlu, hakikatnya, ia boleh menegangkan hubungan kita dengan majikan dan merosotkan prospek kerjaya kita di masa hadapan.

Oleh itu, langkah bijak adalah berbincang dengan jujur dan berani dengan bos kita tentang isu tersebut sebelum kita mengambil tindakan melapor kepada JTK/JPP. Menangani masalah secara langsung mungkin membantu menyelesaikan masalah di luar mahkamah dan memelihara hubungan positif dengan majikan kita, jika itu lebih masuk akal.

#BebelEmploymentAct #HariKhamis #BebelKhamis #BebelBimbo

Leave a Comment

AuntyHR™

Also known as Professional Bimbo

Footer-01

Ku Sim Ling, fondly known as AuntyHR™ on social media, is a seasoned HR expert with 20 years of experience in the workforce solutions industry. With half a million followers across LinkedIn, Instagram and TikTok, she's influencing the HR landscape from Malaysia.

CCN-Logo-03

Cursors Choice Network (M) Sdn Bhd
Registration: 202501053986 (1655392­V)

© AuntyHR™ 2026  ♡ Privacy Policy
All rights reserved. Site handcrafted by Eric Siew.